01 March 2009

Doa memohon perlindungan


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Demi kebesaran dan keagunganMu Ya Allah. Dengan kebesaran dan keberkatan mukjizat saiyidul mursalin nabi Muhammad s.a.w. Dengan keberkatan kesultanan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani dan karomah 56 para aulia’Mu yang bertugas di zaman ini kau peliharalah hambaMu ini yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa daripada kejahatan hawa nafsu, iblis, jin, manusia dan binatang.

Doa tulisan arab diatas maknanya:

Wahai Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penolong. Wahai Allah yang menjadikan langit dan bumi. Wahai Allah yang berkuasa melakukan apa yang Ia kehendaki, curahkanlah ke atas kami kesabaran serta tetapkanlah kaki-kaki kami dan bantulah kami mengatasi orang-orang kafir.

Kemudian lontarlah batu ke atas orang kafir zalim, dengan izin Allah, mereka akan jatuh tersungkur.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

3 comments:

  1. Artikel yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ustaz,

    Disebabkan ust membicarakan perihal riwayat hidup syeikh said linggi maka saya nak tanya sikit berkenaan kesahihan sanad tarikat ahmadiah ni. Kemungkinan besar ustaz mengetahuinya.

    Di Kijang, Baling, Kedah terdapat satu jemaah tarikat ahmadiah yang disandarkan kepada syeikh said linggi. Khalifah tarikat ini bernama Ustaz Ismail. Murid-murid beliau mendakwa guru mereka ni adalah khalifah kepada syeikh said linggi walaupun umur guru mereka pada mas ini sekitar 60 – 65 thn shj. Murid2 beliau mendakwa Syeikh Said Linggi sebenarnya telah meninggal di NS tetapi muncul semula di Kelantan. Maknanya mati hidup baliklah.

    Saya telah meneliti sanad2 mereka. Ada dua sanad diberikan oleh guru mereka terutama untuk murid2 dari kalangan org luar. Satu sanan Syeikh Said terus kepada Syeikh Dandarawi. Manakala satu lagi sanad melalui Tok Wali Hj Ismail Lundang Paku.

    Ustaz Ismail juga seperguruan dengan Tok Ayah Mahmud ni tetapi beliau mengatakan Tok Ayah Mahmud ni sebenarnya bukanlah kahlifah yang dilantik oleh Syeikh Said Linggi. Dia yang pandai buat2 sendiri.

    http://www.nuruliman.net/biografi_pengasas.htm

    Diharap dapat ustsz memberi sedikit penjelasan sekiranya tuan mempunyai maklumat. Sangat penting kerana hampir kesemua keluarga saya dibwh pentarbihan guru ini.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam. Maaf, saya rasa saya tidak layak memperkatakan tentang sanad seseorang ulama' mahupun orang biasa. Biarlah Tuhan yang tentukan. Jika persoalan ini sangat penting bagi tuan, sila bertanya sendiri kepada yg empunya badan dan tingkatkan munajat kepada Tuhan serta berselawat dengan berkat Rasulullah s.a.w. Wallahu A'lam.

    ReplyDelete